Siapa yang tak mahu kaya?
Siapa yang tak mahu senang?
Seumur hidup ini, belum lagi pernah dengar orang kata dia suka hidup miskin. "saya suka dikejar bank kerana tak mampu bayar hutang". Memang pelik jika ada orang yang berkata begitu. =)
Perjalanan hari yang semakin mencabar dek perbelanjaan harian yang serba mahal ini menuntut hati berkehendakkan kekayaan.
Hingga lahirlah lagu-lagu "andai aku kaya..." "duit di mana kau duit..."
Benar sekali, bila hidup ini semakin mahal, hutang juga bertambah. Bila hutang bertambah manusia mulai resah dan gelisah. Tiada lagi indahnya hari-hari mendatang. Dapat gaji bayar hutang. Tak cukup gaji, tambah hutang. Begitulah seterusnya, gali lubang tutup lubang.
Sebab itu nak kaya?
Kenapa semua itu terjadi?
Sebenarnya bukan sebab barang mahal maka hidup kita dikelilingi hutang.
Bukan juga sebab gaji kecil, manusia harus menambah hutang.
Bukan juga kerana tak ada Diploma atau Ijazah maka manusia dihimpit kesusahan.
Sebenarnya manusialah yang harus menentukan perjalanan perbelanjaan wang/pendapatan yang ada. Andainya bergaji, maka berpada-padalah pada perbelanjaan. Andai gaji itu banyak maka beringat-ingatlah pada hari mendatang. Juga beringatlah pada perkongsian (sedekah), kerana ia mampu membantu orang lain yang di dalam kesempitan.
Nak kaya?
Bukan tak boleh nak kaya...tapi sebenarnya sudah cukup bersyukurkah anda dengan apa yang ada hari ini?
Berapa banyak kesyukuran anda pada Allah yang beri anda kehidupan hari ini?
Barapa kali anda melafaz syukur dalam sehari?
Apa yang anda buat sebagai tanda anda bersyukur?
Jika anda cukup bersyukur pasti anda tahu bagaiman hendak menggunakan wang dan perbelanjaan sehari-hari.
Masih nak kaya?
Kaya "best", boleh beli itu, beli ini. Boleh beli macam-macam. "Kalau aku kaya, hari hari hari raya...."
Tak salah nak kaya asalkan anda cukup sedar segala-galanya yang dipertanggungjawabkan ke atas anda kerana kekayaan itu.
Pada segala harta dan kekayaan yang dimiliki, sudah cukup sediakah menghadapi pertanyaan malaikat di dalam kubur nanti?.
Sudah cukup hebatkah untuk menanggung siksaan atas segala kesilapan menggunakan harta dan kekayaan yang ada itu nanti.
Halalkah segala perjalanan wang yang mengalir hingga menjadi kekayaan anda itu?
Dari mana ia datang?
Siapa yang memberinya?
Kerja apa yang dibuat?
Saluran mana ia datang?
Apa yang dibuat dengan kekayaan itu?
Tahukah anda ada jiran yang berlapar sedangkan anda kaya raya?
SUDAH CUKUP BERSEDIAKAH DIRI ANDA UNTUK KAYA?
SUDAH CUKUP BERSYUKURKAH KITA HARI INI?
Jika masih kurang rasa bersyukur, agaknya bagaimana Allah mahu menghadiahkan kekayaan buat anda?
Tanyalah diri anda.
Peringatan buat diri saya yang selalu lupa...