Ya Rabbi...
apa yang harus aku lakukan...
perlukah aku pergi
membawa sekeping hati
bersama sisa-sisa harapan
dan meninggalkan segalanya
tanpa nokhtah
perlukah aku melarikan
diri dari setiap mata
yang mengenali aku
kerana mata itu
mula bosan dengan kewujudanku
Ya Rabbi...
perlukan aku membisu
dari terus berbicara
kerana kata-kataku
sudah tidak lagi indah
di telinga mereka
perlukah aku
bunuh diriku yang mereka kenali
dan hidup dengan kelahiran baru
kerana hidup ini
terlalu banyak yang melukakan
menjadi lain itu barangkali
lebih membawa kebaikan buat mereka
Ya Rabbi
bisakah aku meminta
kira hidupku ini hanya
menambah bilangan hati yang terluka
bukankah lebih baik
aku dinokhtahkan saja
barangkali itu membahagiakan mereka
barangkali itu bisa membuah cinta
di hati mereka
kepadaMu Yang Maha Esa...
aduhai hati...
menangislah kira tangisan itu
menenangkanmu
menangislah kira tangisan itu
melapangkanmu
menangislah kira tangisan itu
keinsafan bagimu...
No comments:
Post a Comment