31 May 2013

Indahnya Berkongsi

ku sering mengharap agar ditanganku selalu ada sesuatu

yang boleh ku kongsikan dengan yang lain

ku ingin memberi apa yang ku miliki

kerana perkongsian itu

bagiku satu keindahan

yang tak mampu

diungkapkan.

 

 

sharing is caring

caring is loving

loving is sharing everything

sharing everything have nothing to hiding

hiding is something that will loose the loving 

 

 

 

Ikatan







Sahabat adalah ikatan yang tidakkan pernah putus.Persahabatan terikat tanpa ungkapan dan janji tetapi menyimpulkan dua hati. Persahabatan yang lahir dari ketulusan akan menjadi simpulan indah dan tidakkan terlerai. Kadangkala kita sendiri tidak pernah sedar bilakah simpulan itu bermula. Apa yang pasti, simpulan itu letaknya di hati...

Wahai Allah...
Terima kasih kerana ikatan yang berada di hatiku.
Biarlah hati ini terus tersimpul dengan hati-hati mereka yang mencintaiMu.
Moga ikatan itu akan sentiasa mengukuhkan simpulan cintaku padaMu.
ameen...
 

Cukup beranikah

 





"...apa yang ditulis atau disuarakan pasti akan dipersoalkan nanti..."







Sungguh! 
Kata2 ini telah membuat jiwaku ketar 
untuk terus membiarkan penaku menari 
tanpa rentak yang betul. 

Bimbang yang membuatkan aku ingin "diam" 
tapi...
kira aku diam, 
siapa yang akan meneruskan 
perjalanan yang belum berakhir ini?



 


Oh! Jari, berhati-hatilah memandu pena melakar bicara..

Moga setiap satu huruf itu membuah kebaikan buat semua.








...lebih baik menangis sebelum melakar kata 
daripada menangis kerana hilang kata-kata... 

28 May 2013

Penanda Quran / Key Chain / Tag Bag



Key chain / tag bag = RM2/pc
(Pembelian 100 keping ke atas akan mendapat penurunan harga kepada RM1.50/pc)
























Key chain / tag bag = RM3/pc
(Pembelian 100 keping ke atas akan mendapat penurunan harga kepada RM2.50/pc)
# selagi stok masih ada













 Book Mark / Penanda Quran= RM3/pc
 (Pembelian 100 keping ke atas akan mendapat penurunan harga kepada RM2.50/pc)







 







 


Book Mark / Penanda Quran= RM2/pc
(Pembelian 100 keping ke atas akan mendapat penurunan harga kepada RM1.50pc)








Book Mark / Penanda Quran= RM1.50/pc  
(Pembelian 100 keping ke atas akan mendapat penurunan harga kepada RM1/pc)

 












## p/s :

1. Harga di atas tidak termasuk wang pos jika anda berada jauh  dari kawasan Rawang /   Serendah / Bukit Beruntung / Tasik Puteri / Ijok / Selayang / Gombak .

2. Nama atau kata-kata yang ingin dibuat/ditempah 
bergantung kepada keinginan pelangan dan kesesuaian mengikut kebesaran barang.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Nor / Faiz ditalian +6019 3399731 



Lawati laman web kami untuk mengetahui info & promosi terkini.

http://www.myartcraft.com.my













Kurnia



Ku ingin hadiahkan dia sesuatu yang bisa 
mengukir senyum
yang bisa mengubah mendung menjadi cerah
yang bikin hati sarat jadi lapang
namun ku tak punya apa
selain putih harapan dan tulus jiwa
ku tak punya daya untuk segala
melainkan sejambak harapan segulung doa
mohon Yang Esa
kurniakan sebaik-baik pemberian buat dia
insan
terlalu istimewa