29 April 2011

Kecil Yg Dilupa






Aku buat ni untuk assignment Still Life Photography  Sungguh waktu ini aku jadi kalut mana nak cari bunga malam ari. Apa lagi waktu itu hujan mula turun. Namun aku tidak harus mematikan segala uhasa hanya kerana dua alasan itu. Allah jua yg mengurniakan ilham buatku ketika itu. Di luar rumah, bertemankan anak-anak yang seramai 14 itu...aku mula mengintai celahan rumput yang mula memanjang. Subhanallah...bunga rumput (3mm ukurannya) ini orang tak pandang. Tapi inilah penyelamat ku untuk sempurnakan tugasan.

Terima kasih wahai Yang Maha Pengasih

27 April 2011

Sungguh

Maafkanlah

sepinya
bikin tidak keruan
kucari dari sudut ke ruang
dari huruf ke baris kata
dari bicara ke cerita
 dari saat ke minit
di mana
telah ku kasari
di mana
bikin dia luka yang kuguris
bikin dia sepi

barangkali
aku lupa
menjaga lebut jiwanya

barangkali 
aku alpa
untuk hargai
mulus hatinya

harusnya bagaimana

ku tak punya daya
untuk hadir di depan matamu
memperlihat kekesalan 
sarat
di ruangan mataku

pada bayu berlalu
kukirim salam ampun 
moga masih punya ruang
untuk kembali bertandang
dalam kamar hatimu
yang riang

maafkanlah



















26 April 2011

Berikan Kekuatan Buat ku

Ya Rabbi...
berikan aku
berikan

        ya Rabbiiii...
        sungguh sakit ini

sendiri
sendiri

        ya Rabbiiii...
        sungguh sakit ini

 ...hhhhhhh.......
...hhhhhhh.....

        ya Rabbiiii...
        sungguh sakit ini
        ampuni aku
        berikan ku 
        berikan ku 
              kekuatan...
                   untuk bertahan...
ya Rabbi....







WHO NEXT


who next? 
kira hari ini  kita tidak mahu menentang kekejaman yang di lakukan oleh Israel terhadap Palestin...
tidak mustahil negara kita mungkin adalah MANGSA seterusnya...

jadi fikir-fikirkanlah... 

tanpa RESEPI



TIDAK ADA RESEPI ISTIMEWA UNTUK JADI ISTIMEWA...

...kerana keistimewaan itu terletak pada hati yang mengistimewakan setiap perbuatannya. Ketulusan dan keikhlasan melaksanakan kerja/tugasan itu akan menjadikan ia lain daripada yang lain... 


 ...foto tu sbnr nyer aku ambil utk asgmt Food Photography. Kerana terdesak, aku mmg x mampu nak beli di hotel makan ala Prancis...jadi aku pun reka laa makan sendiri yg menampakkan seperti di beli di hotel...konon...hehhehehee

25 April 2011

Salam Ampun Pada Noktah

kira ditakdirkan
noktah terakhir itu berlabuh ini hari
mestikah kau percaya
terhentinya jemari ini melakar cerita
siapa yang akan menyambungnya

kira ditakdirkan semalam 
terakhir kali kau lihat
kuntum-kuntum senyum
mekar di bibirku
masihkah kau mengingatinya
kerana esok
tiada lagi sambungan cerita


kira ditakdirkan kelmarin
tarakhir kali kau mendengar
bicara ku tersusun mengalun
masihkah ia terngiang
di cupingmu


kira ditakdirkan ini
coretan terakhir
dari insan bernama aku
mampukah kau bersahaja
membiarkan segala cerita
yang tertulis berakhir tanpa rasa

kerana kita
sering lupa menghargai
sebuah ikatan
sedang hati tidak mudah terjalin
selain dari izinNya


kerana kita 
sering lupa mensyukuri
sebuah pertemuan
yang sebenarnya terlalu pendek
kerna telah tertulis perpisahan


kira ditakdirkan 
segala yang tercoret ini noktahnya
biar aku 
dahulukan salam ampun
pada segala yang merobek hati



biar aku 
tinggalkan sebuah cerita
dari hati yang tidak pernah malu
menyapa...











Sedarkah

ketika dia tidak terlihat di mana-mana
ketika dia tidak bisa kukesan jejaknya
ketika dia tidak bisa kuhidu haruman senyumnya
ketika dia tidak bisa kurasa lembut kasihnya
ketika dia tidak bisa ku sapa


ketika itu ku sedar 
ku perlu dia
jadi harus mengapa 
ku pilih jalan menjauh

barangkali 
kerna ku memahkotakan
rasa gundah
lebih tinggi dari segala


ketika itu ku tahu
....aku rindu...

rindu pada yang tidak terlafas
hanya hati yang penuh
hanya sukma yang membayang
kerana rindu
manjadikan aku
...bisu...






24 April 2011

Dhuha Yang Melambai

Alhamdulillah 
masih bisa ku menghirup oksigen, dari belas Yang Maha Pemurah. Kira diminta untuk aku membayarnya, nescaya aku telah mati kerana tiada apa  yang terdaya untuk ku ganti sebagai bayarannya. 
Kira ku hitung dari hari kelahiranku pasti akulah fakir yang berhutang bayaran oksigen itu.

Alhamdulillah
Masih bisa aku melihat alam yang indah ini, tanpa sebarang sewa
kerana belas Yang Maha Pengasih. Kira dipinta aku membayar sewanya, pasti telah tergadai jasad dan nyawa kerana tidak terbayar nilai sewa seusia hidupku.

Dhuha yang melambai, membentang rahmat Ilahi kepadaku untuk terus meminjam segala yang diberi. Ternyata Dia tidak pernah melupakanku saban waktu. Kira Dia melupakanku walau saatan pasti ku telah fakir tanpa jasad. Dan aku tanpa malu terus merayu meminjam demi memenuhi keinginanku. Astaghfirullah. 

Pasti jemari sepuluh ini akan memalingkan wajahnya kira ia bisa berbicara. Pasti ia malu untuk terus menadah merayu pinjaman demi pinjaman...sedang khidmatnya buat Yang Maha Pengasih masih memilih-milih.

Ya Rabbi...
ampuni aku...ampuni aku...ampuni aku...
aku masih tidak bisa berdiri tanpaMu walau saatan. Aku selalu mahu Kau di sisi. 
Maka yang aku pohon pinjaman kali ini adalah cintaMu. 
Penuhilah ruang hatiku dengan cintaMu. Jangan sebesar zarah pun tertinggal kerana aku tidak pernah rela kehilangan cintaMu...
ameen...ameen...ameen...



ampuni aku Ya Rabbi...

Mengapa Harus Meninggalkan

hingga kini
aku masih tidak ngerti...
mengapa harus memilih jalan meninggalkan
sedang di hati mereka punya kasih
sedang di hati mereka punya rindu
mengapa memberi alasan 
dan terus-terusan pergi
bukankah kira ada rasa kasih
maka harus bertahan
harus sempurnakan janji
dan tanggungjawab 
harus jadi yang terbaik
jadi mengapa harus meninggalkan
kira rasa tidak sempurna
mengapa tidak sempurnakan
mengapa tidak di cari segala
yang bisa menyempurnakan


mengapa
mengapa
bukankah tidak ada yang sempurna
melainkan DIA yg sempurna
bukankan setiap antara kita adalah pelengkap
jadi mengapa harus meninggalkan
kerana itu sebenarnya bikin
jadi tidak lengkap


sungguh aku tidak ngerti ini

23 April 2011

Peluklah Aku

Ya Rabbi...
peluklah aku dalam dakapan ketenangan
moga tiada gundah memenuhi hatiku
peluklah aku dalam dakapan rinduMu
moga tiada ruang kebencian di hatiku
peluklah aku dalam dakapan cintaMu
moga tiada ruang lalai di fikiranku mengejar selainMu
peluklah aku dalam dakapan kebahagiaan
moga kesakitan ini kurasa kenikmatan...
ameen...ameen...ameen...

19 April 2011

Maafkan aku

Aku selalu ingin menghibur hati setiap insan di sisiku. Namun kudratku terbatas dan sering pula terjadi sebaliknya. Kadang-kala bila aku harap dapat membahagiakan namun yang terjadi adalah melukakan. 

Aku ingin kasihkan semua namun amat payah menjaga hati insan yang aku kasihi kerana hati itu sangat mudah terusik.

Aku mahu melihat setiap antara mereka tersenyum selalu namun mereka selalu menangis. 

Aduhai...
Alangkah baik kira aku bisa memenuhi sisa-sisa usia ini dengan sebanyak-banyak bahagia & senyuman buat semua. Moga nanti ketiadaanku bukan kesedihan tapi kenangan yang indah terukir di hati mereka. 
Aduhai semua yang punya aku di hatimu...
Aku hanya ingin kalian tahu...tiada sekali pun di hati ini pernah rela melihat air mata & garis resah itu bertamu dalam dirimu...

..namun kerana kudratku terbatas, kerna aku hanya insan yang tak sempurna...barangkali akulah punca keresahan yang datang...

maafkan aku, dari hati yang rendah...
maafkan aku, kerana tidak bisa membahagia...

namun...aku tidak pernah rela mengalah hanya kerana aku lemah...selagi belum noktah...aku tidak akan berhenti melangkah...

maafkan aku...

mereka


Melihat mereka
bertahjud pada Ilahi
terpukul hatiku
menanggung selaut dosa
aku seperti pohon
yang tumbuh
tidak berdaun
tua zahirnya
tiada berbuah

Melihat mereka
bersatu dalam halaqah
berbunga hatiku
bercambah putik harap
menjalar akar mendakap
seluruh tubuhku
erat

Melihat mereka
masihkah aku punya harapan
untuk berdiri dalam saf
walau yang penghabisan




16 April 2011

Sorry seems to be the hardest word


What I got to do to make you love me?
What I got to do to make you care?
What do I do when lightning strikes me?
And I wake to find that you’re not there?

What I got to go to make you want me?

What I got to do to be heard?
What do I say when it’s all over?
Sorry seems to be the hardest word.

It’s sad, so sad

It’s a sad, sad situation.
And it’s getting more and more absurd.
It’s sad, so sad
Why can’t we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word.

What do I do to make you want me?

What I got to do to be heard?
What do I say when it's all over?
Sorry seems to be the hardest word.

It’s sad, so sad

It’s a sad, sad situation.
And it’s getting more and more absurd.
It’s sad, so sad
Why can’t we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word.

Yeh. Sorry


What I got to do to make you love me?

What I got to do to be heard?
What do I do when lightning strikes me?
What have I got to do?
What have I got to do?
When sorry seems to be the hardest word. 


tiba-tiba teringat lagu ni... (lagu masa muda-muda dulu)
=) untuk semua yg rasa susah nak ucap "MAAF" 

Aku Hanya Mahu Lihat Kau Tersenyum


Nafasku menjadi tidak keruan. Denyutan jantungku tidak lagi terurus. Aku jadi hilang kata-kata. Fikiranku lebih tertumpu kepada perjalanan denyutan jantung yang sekejap laju sekejap perlahan.

Aku mula rasakan tiada darah mengalir ke tangan dan kakiku. Astarghfirullahalazim…berjuta kali terlafaz. Hanya Allah yang tahu apa yang sedang kuperjuangkan ketika itu. Aku cuba mengawal diriku dari rebah. Aku mencari oksigen. Aku mula rasa seperti dadaku tersepit. Aku tidak mahu sahabat-sahabat melihat keadaanku yang begitu. Biarlah mereka menjamu selera. Aku bimbang akan menyebabkan selera mereka terbantut kelak.
Aku mencari tempat yang lebih lapang untuk menyedut oksigen. Aku sendirian ketika itu…Ya Allah, berikan aku kekuatan.

Perlahan aku menarik nafas. Namun kian sempit kurasakan. Aku cuba lagi namun ternyata aku kian hampir dengan detik itu. Lama aku tidak melalui keadaan ini namun kini ia kembali lagi.

Seorang teman menghampiri. Melihat aku yang lemah dia memelukku. Aku harus kuat. Ya! Aku kuat!. Namun ternyata kesakitan itu lebih kuat dari kudratku. Pandanganku kelam beberapa saat. Aku hampir rebah namun disambut temanku tadi. 

Hanya Allah yang tahu betapa payah bertahan ketika itu.

 Seorang lagi teman menghampiri, kemudian 2 dan 3 orang lagi teman hadir memapah aku ke dalam. Dibaringkan dan macam-macam usaha dilakukan. Aku lihat air mata berguguran dari mata mereka. Aku lihat resah bermain di wajah mereka.. Sungguh ketika itu aku rasa telah menyusahkan mereka namun aku jua terharu dengan kasih yang terpamer. Mereka terus setia di sisiku hingga aku kembali seperti sedia kala. Ya Rabbi, kurniakan sebaik-baik balasan buat mereka.

Apa yang aku harungi hari ini adalah amaran buat diriku…tanda-tanda kemunculannya jelas terjadi.

“…NOKTAH ITU KIAN MENGHAMPIRI…”

Buat sahabat-sahabatku,
Ketahuilah yang aku selalu rasa bertuah memiliki sahabat seperti kalian. Benarlah tidak ada kebetulan dalam perjalanan namun semua ini telah direncana Allah kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Aduhai teman,
Ketika kita tersenyum pada sebuah pertemuan diawal perkenalan…sebenarnya kita telah mengikat janji menerima sebuah perpisahan. Perpisahan itu adalah PASTI. Maka simpanlah air matamu teman untuk kau tumpahkan demi mencari keredhaan Tuhan bukan meratapi diriku kerana sebuah ketentuan.

Untuk aku teman, kalian doakan kekuatan bukan penyembuhan. Biarlah aku terus dalam pelukan kesakitan ini. Aku damai berjuang di laman ini dan aku rela nyawaku menjadi korban.

Benar kesakitan itu amatlah hebat namun aku bahagia menerima hadiah pengampunan dari Allah yg Maha Pengasih..

Teman,
Senyumlah…
Kerana senyuman kalian penawar resahku..

Maafkan aku kira pernah bersalah…
Percayalah…aku hanya mahu lihat kalian tersenyum pada hari itu…

SEPI


sepiku
bukan bererti marah
bukan benci
bukan sombong
bukan ego
bukan tidak mengerti
tapi sepi 
menyimpan apa yang tidak
mampu disingkap dengan bicara

kira sepiku
lebih mendamaikan
lebih baik aku sepi

kira sepiku
bisa memisahkan resah dihati insan lain
bisa mendamaikan jiwa
yang tidak keruan
bisa menghapus air matanya
bisa mengurangkan beban tanggungannya
bisa membikin dia tersenyum
jadi sepi itu kupilih
daripada melafazkan...

kira dengan sepi
ku bisa melihat keriangan di wajahnya
kuntum-kuntum senyum mekar dibibirnya
cahaya riang terpamer di matanya
maka kupilih sepi menjadi 
teman setia  

# hanya air mata menyimpan cerita...


...maafkan aku wahai teman
kira aku menyusahkan... 

14 April 2011

Permata Ayah Bonda




Anak...
wajah suci yang sering menyejuk mata. Tatkala dia didakap kemas terasa bahagia.
Aduhai anak...
permata ayah bonda, yang hadir sebagai amanah paling membahagia...

Namun, sayangnya masih ada ayah bonda yang tidak tahu menghargai kehadiranmu, anak...

  

Tika mana dirimu di kasari tanpa belas. Tangismu bukan lagi menjadi satu rayuan buat mereka yang mengasarimu, namun suara kecilmu itu diibarat seperti pembakar amarah hingga tergamak tubuh kecilmu diperlakukan tanpa belas. 

Aduhai ayah bonda...
Sedarilah...
Anak kecil itu tidak punya sebarang harapan lain melainkan ayah bondanya...di hati mereka hanya punya ayah bonda.
Anak kecil itu merayu agar diberikan perhatian, kasih sayang, kemanjaan, ilmu, agama dan mereka rindukan belaian yang penuh keikhlasan...
Namun bila mana di hati ayah bonda punya rasa rimas dengan keinginan si kecil itu...kalian mula lupa anak adalah amanah Allah maka seharusnya diperlakukan dengan sebaiknya. Tapi kalian mendahulukan kemarahan. Mendahulukan rasa geram dan rimas. Akhirnya tiada nilai kemanusiaan dan kasih sayang diketepikan...

Aduhai ayah bonda...
Tahukah kalian...
Setiap pelakuan terhadap anak-anakmu yang masih kecil akan kekal difikiran mereka. Layananmu sama ada kasar atau lembut. Kata-katamu, sama ada berhikmah atau menyumpah. Teladanmu, sama ada molek atau sebaliknya. Perbuatanmu sama apa berkemanusiaan atau menyeksa...
Semua itu akan terakam kemas diingatan.
Lantas nanti bila anak-anakmu mulai dewasa, semua itu mula akan bermain diingtannya.

Ingatlah wahai ayah bonda...
Ketika kalian sudah mulai tua, pada siapa kalian akan bermanja?
Pada siapa kalian ingin berkawan? 
Pada siapa kalian mahu bercerita?
Pada siapa kalian ingin berkasih sayang?

Bukankah masa itu kalian ingin selalu di sisi anak-anak kalian yang soleh/solehah?

Tika itulah nanti segala memori tentang perlakuan dan layanan kalian menjadi penyelamat atau penamat...
Kira anak-anak dilayan dengan penuh kasih dan berhikmah pasti di hati mereka selalu punya rindu bersama ayah bonda.
Namun kira dahulu kalian melayan mereka dengan kasar dan ronta...maka kini di hati mereka penuh dengan rasa yang sama...

Jangan nanti bila anak-anak tidak punya rasa kasih & rindu pada ayah bonda, mereka dikatakan derhaka...Namun siapakah sebenarnya yang menjana sikap derhaka dihati anak-anak?

Astarghfirullah....

berfikirlah sejenak : kerana kini ramai ayah bonda selalu lupa ketika kudrat masih hebat...


Peringatan buat diriku yang lupa...

Kejadian: perkarangan Masjid Nilai, Negeri Sembilan:

Aku menulis ini ketika hati terusik dengan perbuatan ayah bonda yang bersikap kasar terhadap anaknya (dlm lingkingan usia 2 tahun). Wajah si ayah kelihatan bosan dengan anak yang menangis sambil membantu bonda anak kecil itu menjirus air dengan kasar kepada anak mereka. Dicurah berkali-kali sedangkan ketika itu anak mereka sedang menangis. Raungan tangisan menggegar perkarangan masjid, namun ayah bonda itu masih terus bersikap kasar dengan kata yang kasar menyuruh anak itu berhenti menangis. (begitukah cara ayah bonda memandikan anak? begitukah cara memujuk anak?)

Aduhai sungguh tidak sanggup kusaksikan semua itu. 
(aku sedih krn semua mengingatkan aku pada semalam yg kelam...
aku benci kekerasan ayah bonda pada anak-anak!!) 






Mengenang Anak Yang Ramai, Hatiku Damai...



d'2 adalah ibu kepada 
d'Aa, d'Ba & d'Ta...

Ibu yang sangat aktif & nakal namun penyayang... 


11 April 2011

Kembara Pantai Timur 2




Bumi Kelantan 

"aduhai...aku jatuh cinta"   =)

Kembara Pantai Timur






Subhanallah...
Benar! Tidaklah Allah ciptakan semua itu dengan sia-sia...


 




Ya Rabbi,
terima kasih kerana membuka hatiku mendekati bidang ini.
Fotografi telah membuka mataku seluasnya mencari cinta Ilahi...








" I Love Photography"





Ya Rabbi, 
berikan aku kekuatan untuk terus berjuang demi agamaMu melalui jalan ini..
ameen.












akan kubawa kaki ini melangkah mengelilingi bumi Allah demi mencari cintaNya. Pasti nanti akan ku kongsikan bersama sahabat sekalian, gambar-gambar yang memperlihatkan nikmat & kebesaran Allah...
Ya Allah, tunaikan impianku ini...ameen.