Terma & Syarat

Terma & syarat pembelian:
 
1. Pembayaran RM5 bagi caj penghantaran POSLAJU tertakluk kepada berat barang tidak melebihi 500g dan hanya di kawasan Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi penghantaran di tempat lain, caj penghantaran akan dimaklumkan apabila pembeli memberitahu jumlah tempahan dan lokasi penghantaran barang.

2. Pembeli harus membuat tempahan awal serta memberikan 1 pesanan SMS ke telefon kami bagi dan mendapatkan pengesahan tempahan sebelum pembayaran dibuat.

3. Nombor akaun akan diberikan kepada pembeli bagi melaksanakan pembayaran seperti akad.

4. Pembeli harus menghantar SMS data(info) atau salinan pembayaran kepada kami untuk mendapatkan pengesahan.

5. Penghantaran barang akan dilakukan selepas menerima pengesahan bayaran. Kami mengambil masa lebih kurang 3 hari bekerja untuk menghantar barang-barang yang ditempah. (Tertakluk kepada stok barangan dalam simpanan & bilangan barang yang ditempah).

6. Jika terdapat sebarang kerosakan pada barangan, pembeli harus memaklumkan kepada kami melalui SMS ke (+6019 3399731) (sebaik sahaja menerima barangan).

 - Emailkan foto bukti kerosakan kepada  myartcraft4u@gmail.com.

 - Ini membolehkan penggantian barangan baru dilakukan oleh kami kepada pembeli.

 

Syarat-syarat penggantian barangan baru:

a) Pembeli harus menghantar semula kepada kami produk yang rosak.

b) Kerosakan adalah disebabkan oleh sistem penghantaran bukan kecuaian pembeli.



JAMINAN 30hari bagi :

a) Kerosakan pada penyangkuk & rantai putus (hanya untuk produk Pet's Colar)- Jaminan bagi produk ini selama 1 bulan dari tarikh pembelian barang. Pastikan resit pembayaran simpan bagi memudahkan tuntutan dibuat.
# Jaminan penggantian barangan yang rosak hanya dilakukan sekiranya ia benar-benar bukan dari kecuaian pengguna.
 
Syarat-syarat lain atau sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

No comments: