24 August 2011

  
Kata orang bertani mungkin memenatkan, kotor, tak standard, panas, leceh dan macam-macam lagi. Namun jika aku lihat secara positif bertani jauh lebih baik daripada bekerja makan gaji di pejabat. 13belas tahun aku bekerja di pejabat sebelum ini sungguh membuat jiwaku tertekan. Pelbagai perkara yang bertentangan dengan pendirian tidak mampu aku lawan. Aku seperti kerbau yang dicucuk hidung dan akhirnya tetap dipukul dan dihina walau  telah berkerja separuh mati...

Apa yang aku nampak...jika bertani...
Rezeki yang bakal dimakan adalah hasil titik peluh yang aku tahu dari mana aliran wang itu datang. Aku boleh memilih sendiri tanahnya, benihnya, bajanya malah pembelinya.  Aku boleh pilih tanaman apa yang harus aku tanam & biakkan, aku bebas memberi kepada sesiapa pun yang ingin aku sedekahkan. Aku tak perlu dapatkan kelulusan pihak atasan(bos-mcm di pejabat). 

Aku juga tak perlu bergantung harap & belas orang atasan. Pembeli adalah ketentuan rezeki yang Allah kirimkan sebagai perantara.

Kemudian lagi sepanjang hari aku  akan bekerja bersama dengan alam & pokok2 yang sentiasa berzikir kepada Allah. Ini membuah ketenangan berbanding bekerja dengan bos yang sentiasa menyumpah, dan mencaci maki...Bebicara dengan pokok tidak menyakitkan ati tak macam bercakap dengan bos semua kena angguk walau sepatutnya aku nafikan.

Bekerja bersama tumbuhan lebih menyegarkan kerana mereka sentiasa menghijau, dan bunga2 yang mengharum...mengubat mata yang letih. Setiap ari aku akan bermandi matahari pagi yang Allah ciptakan penuh dengan zat. Kemudian pernafasan aku jua akan lebih lapang kerana punya banyak oksigen di situ...

Dan lagi apabila tanaman itu matang...akulah yang akan menjadi proffesor yang menguji tahap kualiti mereka. Bila aku berpuas ati, aku sudah boleh proses tanaman tu atau dijual mentah...

wahhhh....semua tu da jelas dalam mata aku...

Aku impikan pertanian herba. Aku akan usahakan Sejuta Herba di ladang itu. Semoga itu akan turut dapat membantu sesiapa jua yang memerlukan penawar kepada kesakitan. Bukankan semua itu Allah jadikan ada kebaikannya...tiada yang sia-sia pada ciptaanNya.

Sambil berbakti kepada tanah, dapat membantu orang mencari penawar, dapat pula mencari rezeki yang halal & diberkati Allah...

kan best gitu...

aku pasti usahakan...biarlah orang nak kata apa...

" Ya Rabbi, aku pohon bantuanMu memudahkan segala urusanku...aku pohon ilmu pada segala kejahilanku, aku pohon semangat gar aku bisa gagahi segalanya, aku pohon keberkatan pada segala usahaku....ameen3"


No comments: