31 March 2011

Mintak Masa Sikit

...cuaca sangat baik pagi ini.

salam dari kejauhan buat kalian...

Wahai sahabatku yang jauh. Jauh? 
ye.. kerana kalian tidak bisa melihat senyumanku yang manis waktu ini...hehehehe..
rugi...sungguh rugi. kerana manisnya senyumanku ini tidak di jual di kedai tau...hehhehe =)  


Sahabatku,
Mentari muncul sebagaimana kebiasaan berlaku. Alangkah setianya mentari pada alam yang menjadi teman semenjak kemunculannya.
namun...
bagaimana dengan kita? Setiakah kita pada sahabat kita?


Setiakah kita bertanya khabar sahabat kita?
atau kita terlalu sibuk dengan perjalanan harian hingga kita tinggalkan sahabat kita dibelakang...


Setiakah kita memberi senyuman ketika melihatnya?
atau kita hanya tersenyum bila 'dia' membuat lawak menghibur kita.

Setiakah kita mendoakan 'dia' ketika mengadap Ilahi?
atau kita lebih mengejar waktu dan lekas-lekas mahu meng-ameenkan doa kerana banyak lagi kerja yang harus disiapkan.


Setiakah kita melafaz kata-kata yang menyenang hatinya setiap masa? 
atau kita malu melafaz kata-kata yang begitu kerana bagi kita yang penting "hati aku sayangkan dia..."...tak perlu lafaz apa-apa pun.


Sahabatku...
Tidak salah membahagiakan sahabat kita.

Kira ada kasih di hati, lafazkanlah. 'Dia' (sahabat kita) pasti tersenyum mendengarnya.

Kira kita sibuk dengan perjanan harian, luangkan sedikit waktu untuk menyapa...walau hanya 1 sms

kira kita tahu betapa waktu yang kita ada terlalu pendek...pasti kita tidak akan melengahkan walau sesaat pun...

mungkin kita yang pergi dulu atau mungkin dia pergi buat selamanya sebelum sempat kita menyapa...



No comments: