30 March 2011

Tentang Aku

Aku Hanya Mahu Jadi Aku

aku adalah aku
yang bernafas dibumi dalam keganjilan
pada tarikhnya, pada harinya, pada bulannya
penuh keganjilan
ganjilkah aku?
entah…
mungkin…

aku adalah aku
insan biasa, serba tiada
pada mereka aku tak punya segala
namun ada jua yang berkata
"kau istimewa"

aku adalah aku
hanya punya sekeping hati
selaut kasih
yang salju di jiwa
seketika ia menjelajah serata
dan seketika lain
ia jatuh bagai hujan
membelai
bahagia

aku adalah aku
bukan yang biasa-biasa saja
kerana aku mahu jadi aku
yang luar bisa
sentuhannya

aku adalah aku
yang takkan mudah berlalu
walau dibenci
kerana aku adalah aku
menghulur kasih
walau dijauhi...


aduhai aku...
tersenyumlah walau dirimu dibenci.
tersenyumlah walau dirimu tidak disukai.
barangkali dia bukan tidak menyukaimu tapi
dia belum kenali hati budimu...
bersabarlah wahai aku...
perkemaskan keikhlasanmu...
kasih yang berteraskan ukhuwwah fillah
pasti akan bertemu ketenangan...

No comments: