30 March 2011

Nokhtah

Aduhai hati…
Langkah harus diteruskan walau dalam kepayahan walau dalam kesakitan…
Perjuangan harus terus diperjuangkan hingga ke titisan darah yang terakhir.
Biarpun aku harus menangis kerana meluahkan kesakitan yang tiada terungkap dengan kata-kata, namun untuk aku berhenti melangkah tidak sekali.

Ya Allah damaikan hatiku dalam segala kepedihan ini, tenangkan hatiku dalam segala kesakitan yang menimpa. Suburkan kuntum senyum di bibirku buat sekalian teman yang di sisi sekali pun tiba pada nokhtah yang terakhir.

Aduhai teman,
Maafkan aku kerana tidak bisa melafazkan segala kepedihan…


Duhai hati…
Senyuman adalah penawar kelukaan. Senyuman adalah penyeri kehidupan. Senyuman adalah sedekah yang paling mudah…
maka terseyumlah walau dalam kepayahan…

No comments: