31 March 2011

Persinggahan

seperti perahu berlabuh
menanti tenang sang gelora...

adakah kau jua begitu
singgah di hatiku
untuk seepisod kasih
dan tika sore kembali
kau pergi...

seperti malam yang salju
dalam pelukan mimpi...

adakah kau jua rasakan

harum kasih yang berbunga
warna-warna mencorak hari
menjadi lukisan sebuah cerita

seperti hati ku yang meronta
pada noktah yang ditinggalkan...

adakah kau jua mengerti

sukarnya bernafas
dalam lautan air mata
yang tidak bertepian

adakah kerana
singgahan tidak berperjanjian....

*Puisi yg ku pindah drp blogku yang lama

No comments: