30 March 2011

Tentang Hati

Semua orang tahu apa itu hati...namun tak semua tahu tentang bicara hati...dan belum tentu ramai yang mampu mendengar bisikan hati...

Kira diamati dalam-dalam, hati itu sering berkata-kata. Berbicara seperti merakam sebuah cerita, indah sungguh alunannya...namun suara itu sepi tidakkan bisa didengari, kecuali bila disentuh dengan ketulusan.

Hati sebenarnya sahabat paling setia, tika ada sengketa ia berbisik memujuk ria. Tika gembira berguguran bunga-bunga bahagia, ia mewangi hingga terukir senyuman ceria.

Hati sebenarnya guru paling hebat. Tika tersasar pada langkah, pasti segera ia mencubit agar tidak kecundang hingga parah. Tika tinggi menjulang jaya, hati mencubit lagi. Berpesan agar segera mengingat Tuhan.

Namun hati jua bisa mati, kira tidak dijamu seleranya. Kerana hati tulus lagi suci maka makanannya ilmu penggerak kemudi...

Aduhai aku...
ingatlah selalu.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.



No comments: