06 April 2011

Hujan...

Ya Allah...
ketika hujan ini membasahi bumiMu, aku di sini bagai bermandikan hujan resah.
Benar, hidup ini bukanlah satu perjalanan yang lurus dan selalu sama. Kira semalam tempat berpijak di atas, hari ini aku telah pun di bawah dan esok? hanya Engkau yang Maha Tahu, Ya Allah.
Di dalam hatiku bermain sejuta rasa yang tiada terungkap. Aku tidak mahu mengalah dengan ujian ini. Itu adalah jalan yang aku pilih tanpa ada sebarang pengaruh dari sesiapa pun. Namun...hanya Allah tahu betapa payahnya berjalan dilandasan ini.
Sungguhlah benar, bukan murah untuk memperoleh SyurgaMu, Ya Allah...Bukan sedikit pengorbanan yang aku perlu lakukan. Bukan senang untuk aku mengubah seluruh rentak jalananku...

Ya Allah,
Hanya Kau yang tahu betapa beratnya memikul pilihan ini. Menjadikan aku terhimpit, hanya air mata yang bisa meluahkan kesakitan. Aku kaku untuk melangkah, hanya mata bisa menghantar pandangan. Aku ingin lari jauh dari semua namun itu tiada bererti aku pengecut. Aku tidak mahu mengalah dalam perjuangan ini.
Aku yang memilih jalan ini dengan segala kekuatan hati.

Aduhai...
Ya Rabbi...
Tolonglah aku. Aku telah kepatahan sayap untuk terus terbang sehebat dulu. Aku telah tidak berdaya lagi...
Ya Rabbi...
Aku rayu akan belas kasihMu...
Aku rayu agar dipapahkan aku semula agar bisa aku kembali bersama dalam perjuangan itu.
Aku pohon agar dipermudahkan segalanya agar aku bila tempuhi semua ini dengan tiada kegusaran & kekalutan...
YA  RABBI....
aku kembali kepadaMu...
ampuni aku...



Hujan itu menjadikan aku malu...kerana hujan tiada pernah bercerita tentang air matanya...
 

No comments: