25 April 2011

Salam Ampun Pada Noktah

kira ditakdirkan
noktah terakhir itu berlabuh ini hari
mestikah kau percaya
terhentinya jemari ini melakar cerita
siapa yang akan menyambungnya

kira ditakdirkan semalam 
terakhir kali kau lihat
kuntum-kuntum senyum
mekar di bibirku
masihkah kau mengingatinya
kerana esok
tiada lagi sambungan cerita


kira ditakdirkan kelmarin
tarakhir kali kau mendengar
bicara ku tersusun mengalun
masihkah ia terngiang
di cupingmu


kira ditakdirkan ini
coretan terakhir
dari insan bernama aku
mampukah kau bersahaja
membiarkan segala cerita
yang tertulis berakhir tanpa rasa

kerana kita
sering lupa menghargai
sebuah ikatan
sedang hati tidak mudah terjalin
selain dari izinNya


kerana kita 
sering lupa mensyukuri
sebuah pertemuan
yang sebenarnya terlalu pendek
kerna telah tertulis perpisahan


kira ditakdirkan 
segala yang tercoret ini noktahnya
biar aku 
dahulukan salam ampun
pada segala yang merobek hati



biar aku 
tinggalkan sebuah cerita
dari hati yang tidak pernah malu
menyapa...











No comments: