07 April 2011

Terima Kasih Wahai Yang Maha Pengasih

 
Ya Rabbi,
aku tidak pernah nafikan akan kesakitan dan keperitan pada setiap ujian yang menjamahku...

namun aku jua harus teguh berpegang kepada kalamMu yang selalu memujukku untuk terus meletak setinggi-tinggi kepercayaan bahawa tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 

Dan kalamMu terus memujukku untuk tidak sekali-kali berhenti pada satu perjuangan semata namun meneruskan amalan-amalan soleh.

tertulis dalam surah Asy-Syarh ayat 7-8:

..kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

Ya Latif,
Maha Suci Engkau telah memujuk hati yang rapuh ini dengan sentuhan kalamMu yang jelas lagi nyata.

Ya Latif, sesungguhnya kelembutanMu telah membelai hatiku yang resah dan memapah jiwaku yang patah...


Terima kasih Ya Rabbi...

No comments: