07 April 2011

Jangan Banyak Fikir

Bagaimana harus aku berhenti berfikir? Sedangkan tika ini aku masih punya akal yang segar, punya kewarasan. Mungkin yg aku tidak punya ketika ini adalah kekuatan. Aku hanya akan berhenti berfikir bila segala yang kusut ini terlerai. Aku akan berhenti berfikir bila jasad dan nyawa terpisah...itulah noktah fikiranku. Namun dia masih mahu aku berhenti berfikir...

Ya Allah, 
bagaimana dapat aku khabarkan apa yg sedang berasak-asak di fikiran hingga menyesakkan nafasku. Bagaimana Ya Allah...untukku ringankan fikiranku yang diberatkan dengan semua itu.

Ya Rabbi,
Aku tidak ingin mati sebelum ajal. Aku jua tidak ingin lari sebelum beroleh kejayaan. Aku tidak mahu pergi sebelum segalanya selesai. Aku adalah aku yang tidakkan akan rela mengalah. Aku akan terus  di laman ini sekalipun bernafaz dalam lumpur.
Ya Rabbi,
Aku berikan aku kekuatan seluas lautanMu yang tidak pernah kering untuk aku hadapi segalanya dengan senyuman dan kesabaran.
...ameen...

No comments: